Header Ads

Pejabat daerah didakwa enggan bantu pemohon BSH


KUCHING - PH Sarawak mendakwa beberapa pejabat daerah di negeri itu enggan membantu rakyat dalam menguruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang ditawarkan oleh kerajaan pusat.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata, antara pejabat daerah yang menolak membantu pendaftaran penduduk setempat ialah di Bau, Serian dan Simanggang.

Loading...

Chieng Jen, yang juga Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa, bagaimanapun berpendapat bahawa pejabat daerah tersebut tidak bertindak bersendirian tetapi percaya mereka menerima arahan daripada kerajaan negeri.

“Pegawai daerah atau pejabat daerah adalah di bawah kerajaan negeri dan tiada siapa yang dapat memberi arahan melainkan kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan PH negeri di sini, hari ini.


Berikutan itu, katanya, parti komponen PH negeri tidak mempunyai pilihan tetapi membantu pendaftaran rakyat Sarawak yang layak untuk menerima program kebajikan itu.

“Kami akan meningkatkan usaha dan berusaha sebaik mungkin untuk mendekati rakyat dan menjadi jambatan antara rakyat negeri dan kerajaan persekutuan,”katanya.

Chieng Jen, yang juga merupakan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, oleh kerana gagal mendapat khidmat bantuan daripada pejabat daerah, masyarakat di Bau terpaksa datang ke pejabat khidmat Ahli Parlimen Mas Gading Gading, Mordi Bimol, untuk pendaftaran. - Bernama

No comments


Loading...