Beliau berkata, seseorang litigan tidak mempunyai hak di bawah undang-undang negara untuk melihat surat lantikan kerana ia jelas merupakan dokumen adalah hak istimewa antara pelanggan dan peguam.


"Ia mengandungi terma-terma sulit dan rahsia yang tidak dibuat untuk tatapan pihak ketiga. Pemohon tidak mempunyai hak kuatkuasa, peruntukan, di bawah undang-undang bagi menuntut surat pelantikan itu.

"Pada dasarnya seseorang yang saya lantik (mewakili saya) tidak perlu seorang peguam. Apa yang ditetapkan statut hanyalah mereka yang dilantik perlu seseorang sesuai," hujahnya pada sesi pendengaran terhadap permohonan pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri yang berusaha untuk menggugurkan Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan dalam 1MDB kes di hadapan haki Collin Lawrence Sequerah.
Thomas berkata, oleh itu pasukan peguam pembelaan itu tidak mempunyai hak untuk menuntut atau melihat sijil pelantikan. - Bernama