Header Ads

Papagomo boleh dijamin


SHAH ALAM - Siasatan awal polis mendapati EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris tidak melakukan kesalahan serius terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata Wan Muhammad Azri atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang sebelum ini direman tiga hari bagi membantu siasatan, sepatutnya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Loading...

"Saya lihat dakwaan ini, saya dapati tidak begitu serius sehingga berlaku pergaduhan, berlaku silap faham ...berlaku sikit tarik-menarik.

"Dia (Papagomo) boleh dijamin dan kes ini akan diselesaikan dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan istiadat penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Selangor kepada 318 pegawai polis pelbagai pangkat di sini, hari ini.

Papagomo ditahan di rumahnya di Danau Kota, Setapak, kira-kira pukul 3 petang Ahad, selepas dipercayai terbabit dalam insiden serangan ke atas Syed Saddiq di Kajang.

Dia ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan Syed Saddiq, bahawa beliau dicekak oleh Papagomo dalam laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Sungai Way selepas insiden itu. - Bernama

No comments


Loading...