Mangsa yang hanya dikenali sebagai Dominic, maut di tempat kejadian.

Loading...

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, balai bomba jabatan itu di Tenom menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.28 malam dan menghantar sebuah jentera bersama tujuh pegawai serta anggota.
Kenyataan itu berkata lori treler membawa muatan kayu balak itu terbabas sendiri dan terjatuh ke dalam gaung sedalam 35 meter.


Menurut kenyataan itu, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan mengorek tanah disebabkan mangsa tertindih muatan kayu balak.
Operasi tamat pada pukul 12.35 tengah malam dan mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama