Lelaki ditahan susulan penemuan mayat budak perempuan

0
54
Foto oleh Kosmo online



Polis menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat kanak-kanak perempuan di padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dekat Kuantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek yang mengesahkan penahanan itu, berkata suspek dipercayai merupakan individu terakhir dilihat bersama mangsa.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai penahanan itu sehingga selesai proses bedah siasat ke atas mayat tersebut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan, esok.
“Setakat ini, saya hanya boleh mengesahkan suspek direman selama 14 hari mengikut Akta Imigresen,” katanya ketika dihubungi di Kuantan hari ini.
Amran berkata identiti mayat dikatakan kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Siti Masitoh Ibrahim, 11, yang dilaporkan hilang sejak 30 Jan lalu, itu juga masih tidak boleh disahkan.
“Polis menerima laporan daripada seorang wanita Kemboja yang tiada dokumen pengenalan diri mengenai kehilangan anaknya selepas kali terakhir dilihat menaiki motosikal bersama seorang lelaki pada 30 Jan lalu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Bagaimanapun, sama ada mayat ditemui adalah sama dengan mangsa hilang belum dapat disahkan sehingga laporan keputusan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dibuat,” katanya kepada pemberita di Kuantan, hari ini.
Amran berkata berdasarkan laporan ibu kanak-kanak itu, anaknya juga tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Katanya, setakat ini kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga laporan bedah siasat diperoleh.
Media hari ini, melaporkan penemuan mayat itu yang difahamkan berada dalam keadaan tidak sempurna oleh orang kampung, di kawasan semak terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama.
Sehubungan itu, seorang wanita daripada komuniti Kemboja di Pekan, mendakwa mayat itu anak ketiganya daripada empat beradik yang dikenalinya berdasarkan pakaian pada mangsa.
– Bernama
Loading…

(function(){
var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’,lp=d.location.protocol,wp=lp.indexOf(‘http’)==0?lp:’https:’;
var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC114703”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];}
catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC114703″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=114703;c[ac](dv);
var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=wp+”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.114703.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getUTCDate()+D.getUTCHours();c[ac](s);})();

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here