Menyelar perbuatan tersebut Muhyiddin berkata, tindakan tegas berasaskan undang-undang perlu diambil terhadap pihak berkenaan.

Loading...

"Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan penghinaan terhadap agama yang boleh menjejaskan keharmonian rakyat.
"Mereka yang melakukan perbuatan keji ini perlu ditahan mengikut proses undang-undang, didakwa di mahkamah dan dihukum jika disabitkan kesalahan," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Tambah beliau, kejadian penghinaan terhadap agama Islam termasuk mesej-mesej penghinaan yang disebarkan di media sosial sejak kebelakangan ini amat berbahaya dan telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam. - Bernama