Menurut Menteri Dalam Negeri itu kenyataan tersebut perlu dilihat dengan teliti dan difahami secara mendalam.

Loading...

"Kenyataan yang perdana menteri buat beliau tidak kata mengurangkan begitu (mendadak), tetapi beliau jelaskan mungkin (perlu) ada anjakan baharu, ada perubahan yang perlu berlaku (seperti) proses industrialisasi dan penggunaan teknologi.
"Anda perlu fahaminya dalam konteks lebih luas," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di sini hari ini.

Pada sesi dialog bersama warga Angkatan Tentera Malaysia di Kuala Lumpur hari ini, Mahathir berkata, ketika ini 1.7 juta rakyat Malaysia bekerja dalam sektor awam dan saiz itu terlalu besar serta perlu dikurangkan. - Bernama