Header Ads

Hina Dr mahathir : Ketua pemuda PH kedah buat laporan polis


LANGKAWI - Satu laporan polis dibuat supaya siasatan terhadap ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam kerana memfitnah serta menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ibu bapa negarawan itu.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata Lokman Noor dalam satu hantaran video di laman Facebooknya telah menggunakan beberapa perkataan menghina serta fitnah terhadap Dr Mahathir.

Loading...

"Dia juga menabur sentimen perkauman kerana menyatakan Dr Mahathir mengikut telunjuk DAP. Sebagai Ketua Pemuda PH Kedah, saya membuat laporan polis ini supaya satu siasatan segera dilakukan," katanya kepada pemberita selepas beliau membuat laporan di Balai Polis Kuah, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Asmirul Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan Kedah berkata berbeza pandangan satu perkara biasa dalam politik namun tidak perlu mengeluarkan perkataan menghina dan memfitnah.

"Kita boleh berbeza pandangan, tidak ada masalah tetapi jangan sampai menghina Dr Mahathir dan ibu bapa negarawan itu.

"Video tersebut juga menabur fitnah supaya rakyat membenci Perdana Menteri, rakyat seharusnya tahu Dr Mahathir berkorban pada usia 93 tahun masih berkhidmat untuk rakyat Malaysia disebabkan skandal-skandal kerajaan Barisan Nasional dahulu," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan itu.


Berdasarkan laporan polis itu, Asmirul Anuar mahu polis mengambil tindakan terhadap Lokman Noor kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, fitnah dan penghinaan kepada Dr Mahathir yang menjalankan tugas serta tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat Malaysia.

- Bernama

No comments


Loading...
loading...