Malah, dakwaan sebuah portal berita antarbangsa itu mengatakan beliau ke negara itu atas urusan peribadi juga tidak benar, katanya.

Loading...

"Itu adalah lawatan kerja untuk mendapatkan maklumat, berbincang dan mempelajari isu militan IS, menangani jenayah perjudian, pemerdagangan manusia dan jenayah rentas sempadan.
"PDRM akan mengemukakan laporan lengkap kepada Kementerian Dalam Negeri mengenai hasil lawatan kerja itu," katanya menjawab soalan pemberita selepas menyerahkan Buku Panduan Siasatan Jenayah Agen Kimia, Biologikal, Radiologikal, Nuklear dan Letupan kepada Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) Sabah dan Sarawak di sini hari ini.

Mohamad Fuzi turut memberitahu lawatan itu ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan. - Bernama