Header Ads

'Di mana saya boleh pohon permit selfie?' - Najib


Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya tidak habis-habis lagi dengan isu 'selfie'. 

Najib meneruskan lagi pendekatan dalam mengeluarkan kenyataan di Facebooknya yang memberikannya gelaran Raja Troll.

Najib dalam troll terbarunya hari ini, bertanya jabatan kerajaan apa yang perlu dirujuknya bagi mendapatkan kebenaran berswafoto (selfie).

Loading...


"Semalam saya cari apam balik di Pasar Malam Kuah.

"Siapa tahu kaunter dan jabatan mana yang saya boleh pohon permit selfie?" katanya dalam status di laman sosial Facebook. 

Najib dipercayai merujuk kepada tindakan pihak yang membuat laporan polis terhadapnya susulan programnya di Langkawi baru-baru ini.



Dalam kenyataan tersebut beliau menyertakan dua gambar ketika kunjungan beliau di pasar malam di Langkawi.

Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikatakan telah mebuat lima laporan polis berkenaan program Najib di pulau tersebut.

Terdahulu, pemimpin Bersatu yang juga merupakan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Eddin Syazlee Shith berkata laporan polis berkenaan dibuat bagi "menjaga ketenteraman awam" pulau peranginan berkenaan. - Malaysian Update 

No comments


Loading...
loading...