Header Ads

Bekas pegawai bank mengaku salah kes pecah amanah wang pelanggan


KUALA LUMPUR - Seorang bekas penolong pengurus sebuah bank mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang pelanggan berjumlah RM715,000 dua tahun lepas.

Loading...

S.Sugunan, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zamri Bakar selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, bagaimanapun mahkamah belum menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh kerana pihak pendakwaan memohon tarikh baharu bagi menyediakan fakta kes.

Mahkamah menetapkan 15 Februari untuk menjatuhkan hukuman.

Tertuduh didakwa sebagai penolong pengurus yang diamanahkan telah melakukan pecah amanah ke atas wang pelanggan sebanyak RM715,000 di Menara CIMB Bank, Jalan Raja Laut, di sini antara November 2017 dan Januari 2018.


Lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjarasatu hingga 14 tahun, sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan pasport tertuduh perlu diserahkan kepada mahkamah, namun tertuduh yang diwakili peguam V. Yoges memberitahu anak guamnya yang menghadapi masalah kewangan tidak mampu membayar ikat jamin.
Loading...

- Bernama

No comments


Loading...