Header Ads

Bayi terperangkap dalam kereta diselamatkan oleh banduan


TALLAHASSEE - AMERIKA SYARIKAT. Sekumpulan banduan di Florida menerima pujian netizen selepas membantu menyelamatkan seorang bayi perempuan terperangkap di dalam kereta yang terkunci.

Jurucakap pejabat sherif Pasco County, Kevin Doll berkata, ibu-bapa kepada bayi berusia 12 bulan itu pada mulanya mencadangkan kepada bomba supaya memecahkan cermin kereta jenis SUV itu kerana panik.

Loading...

Namun, sekumpulan banduan yang kebetulan berada di lokasi kejadian kerana ditugaskan mengecat petak parkir Pusat Kehakiman West Pasco, tampil menghulurkan bantuan.

Banduan terbabit yang diiringi penyelia mereka hanya mengambil masa dua minit bagi membuka pintu kenderaan terbabit.

Ibu bayi berkenaan, Shadow Lantry yang merakam insiden berkenaan mengucapkan penghargaan kepada banduan terbabit kerana menyelamatkan anak kecilnya. 

- Agensi
Loading...

No comments


Loading...