Beliau yang juga Presiden PH berkata, janji-janji PH sewaktu menjadi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dahulu ditawarkan tanpa menyedari betapa runcingnya masalah yang akan diwarisi selepas membentuk kerajaan.

Loading...


"Sekarang kita ditempelak. Kita mahu tunaikan janji sedaya upaya, apakan daya kita warisi (masalah) daripada kerajaan (terdahulu yang berkuasa) 60 tahun. 
"Kita baru sembilan bulan (membentuk kerajaan) bagilah kita peluang," katanya pada pemberita selepas melancarkan gotong royong di Surau Istiqamah Seksyen 6, Bandar Rinching di sini hari ini.

Dalam program sama beliau turut turun padang bagi membantu kempen calon PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. 
Wan Azizah berkata, apa yang ditawarkan PH sewaktu PRU-14 adalah bersifat menyeluruh bagi memperbaiki keadaan negara dan meningkatkan ekonomi. - Bernama