Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat lengkap yang dimilikinya itu buat masa ini.

Loading...

“Saya akan dedahkan secara terperinci pada malam ini di Semenyih. Saya rasa mereka tidak boleh menafikannya.
"Semalam saya dapat maklumat tambahan, sebab itu tanya (bangkitkan)," katanya kepada pemberita selepas majlis Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) Ke-33 di Dewan Utusan di sini hari ini.
Semalam di Pulau Pinang, Anwar meminta Pas mengesahkan sama ada benar atau tidak parti itu membuat bayaran lebih RM1 juta kepada Rewcastle-Brown.
Namun Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan kemudian tampil menafikan dakwaan tersebut.
Anwar menambah, beliau telah membaca keseluruhan prosiding dan keputusan dibuat mahkamah di London berhubung saman fitnah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Katanya, isu yang dibangkitkan Rewcastle-Brown ialah dana daripada UMNO yang dimasukkan ke akaun tertentu dan ia mempunyai kaitan dengan Pas.
Selepas itu, Anwar berkata, tuduhan yang disiarkan oleh Sarawak Report itu dinafikan malah Abdul Hadi menyaman pengarang portal pembocor maklumat tersebut.
“Kemudian mereka mencapai persetujuan bersama untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah tapi Rewcastle-Brown kekal dengan dakwaannya dan artikel tersebut tidak ditarik balik. Jadi ia nampak aneh,” katanya.
Menurut Anwar, beliau memiliki banyak pengalaman berhubung kes-kes saman sivil sebelum ini.
Ini kerana kebiasaannya jelas Anwar, kalau ada penyelesaian sesuatu tulisan itu akan ditarik balik atau pihak yang terbabit meminta maaf.

-Memetik laporan K! Online