Beliau berkata, kemungkinan berlaku masalah teknikal berhubung penyaluran makluman aktiviti berkempen hingga menyebabkan ramai petugas media gagal membuat liputan jadual kempennya.

Loading...


"Saya mohon maaf, mungkin berlaku masalah komunikasi antara jentera saya dengan pihak media hingga tidak mendapat jadual aktiviti kempen saya hari ini.
"Saya pun perasan hari ini, tak ada media yang ikut, rasanya hanya ada beberapa sahaja (media) ketika di masjid," katanya kepada pemberita ketika sesi tinjauan mesra di tapak pasar malam dekat Bandar Rinching.
Beliau menjelaskan, aktiviti kempennya tetap berlangsung seperti biasa hari ini termasuklah sempat menziarah kematian dua penduduk di Semenyih selain menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan tertinggi parti di Kuala Lumpur.

Hari ini, Bendahari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu 'hilang' daripada radar liputan media hingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengamal media yang bertugas pada PRK itu.
Mengulas lanjut, Muhammad Aiman turut menepis dakwaan ketiadaannya adalah disebabkan tertekan dan penat berikutan jadual kempen yang padat. - Bernama