Header Ads

Video Ahli Parlimen Bentong mengamuk tular


BENTONG - Video kekecohan yang tercetus melibatkan Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack dengan beberapa individu di kawasan sebuah kebun di Manchis, Bentong yang tular di laman sosial mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rakaman berdurasi 4.36 minit itu menunjukkan wakil rakyat itu gagal mengawal emosi dan mempersoalkan tindakan individu terbabit serta meminta kerja-kerja pembersihan kebun itu dihentikan.

Loading...

Berdasarkan video tersebut, Wong Tack tidak berpuas hati kerana pembersihan kawasan kebun tersebut turut melibatkan tanaman penduduk.

Difahamkan kerja pembersihan itu dilakukan sebuah syarikat pemilik tanah berkenaan dan tindakan itu dilakukan selepas mendapat perintah mahkamah.

Paling dipersoalkan netizen ialah cara dan tindakan Wong Tack menyatakan beliau ‘kerajaan pada masa ini’ ketika mempertahankan tindakannya itu.

Pada netizen, tindakan sedemikian dianggap menganggu kerja penjawat awam dan tidak menghormati keputusan mahkamah lebih-lebih lagi sebagai Ahli Parlimen.

Susulan penyebaran video itu, Wong Tack menjelaskan tindakannya itu tiada kaitan dengan politik seperti dijelaskan kepada sebuah media hari ini.


Katanya, beliau hanya mempertahankan nasib penduduk di situ yang mendakwa teraniaya selepas kebun mereka dimusnahkan.

Beliau menafikan tindakannya itu berniat untuk melanggar atau mengganggu tugas penjawat awam sebaliknya hanya inginkan penjelasan mengenai kedudukan tanah itu.

-sinar harian

Loading...