Header Ads

Tun Mahathir kata Israel 'penyangak' sama macam Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto oleh Farhan Najib

Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya hari ini di Cameron Highlands hari ini menyamakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Israel.

"Masa Najib dulu saya nak cerita, apabila ada satu mesyuarat, Orang Israel nak hantar dua wakil dia terima. 

Loading...


"Tapi kami Pakatan Harapan bila orang Israel nak ambil bahagian dalam perlumbaan, berenang, kami tak benar orang Israel pasal ini penyangak sama dengan Najib," kata Mahathir lagi.

Dalam ucapannya di Felda Sungai Koyan, Mahathir berkata tindakannya itu diambil meskipun tahu negara luar mengkritik larangan tersebut.

"Kita tengok Israel, nombor satu curi tanah orang, orang Palestin punya tanah dia curi buat (negara) Israel."


"Nombor dua sekarang ini dia buat bangunan-bangunan di tanah milik orang Palestin begitu banyak tanah tak pernah jadi dalam dunia ini, sebuah negara buat bangunan di negara asing dia duduk situ,"

"Kita nak bantu sikit Orang Palestin nak hantar sikit ubat, makanan, barangan untuk buat rumah dia tangkap kapal kita di tengah laut dan orang kita dimasukkan dalam jel beberapa hari," katanya.

Menurut Mahathir, Malaysia tidak mahu menerima Israel kerana negara itu adalah penyangak.

"Saya ditanya oleh pemberita apa sebab kita tak bagi orang Israel ni datang berlumba di Malaysia? 

"Saya kata dia datang daripada negeri penyangak, kami tak suka penyangak! Kami baru sahaja buang seorang penyangak jadi macam mana nak terima negara penyangak," katanya.

Pendirian Malaysia berhubung larangan tersebut memang mengundang kritikan pelbagai pihak di luar negara, termasuk ada antaranya melabelkan beliau sebagai anti-Yahudi namu Mahathir tetap tekal dengan pendirian tersebut.

Mahathir turut menyamakan tindakannya menghalang Atlet Israel itu dengan tindakan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

"Trump presiden Amerika kata orang Islam daripada 5 buah negara tak boleh masuk negara dia, kalau Trump boleh buat pasal apa saya tak boleh buat?" soalnya.

Menurut Mahathir dalam pilihan raya ke 14, BN ditolak buat kali pertama, ditolak kerana dipimpin oleh seorang penyangak.

"Dunia tahu panggil dia kleptokrat, bermakna pencuri itulah gelaran yang diberi kepada Datuk Seri Najib Perdana Menteri Malaysia. Tak malukah kita?" soalnya.

"Sebab itu kita semua buang Najib daripada jadi perdana menteri dan UMNO pula buang Najib daripada jadi presiden. Dia kena buang, parti dia sendiri buang dia," katanya.

Katanya lagi, Umno sudah tidak ada, yang ada sekarang ialah parti penyangak dan beliau yakin parti itu sudah tidak ada lagi masa depan.

Beliau turut menyeru supaya pengundi di situ tidak memberi undi kepada BN dan menolak kleptokrasi serta berjanji akan membaiki kerosakan negara selagi terdaya.

"Selagi ada hayat, saya akan cuba betulkan negara. Bukan kerana duit tapi kerana sayangkan negara. Ini negara kita, membesar di sini, berkahwin di sini dan dapat anak di sini.

"Tak sayangkah kita pada negara sendiri? Sebab itu kita ingin lihat negara kita ditadbir oleh orang yang bukan pencuri tetapi orang yang baik seperti (bekas perdana menteri) Abdul Razak, Hussein Onn," kata beliau lagi.

No comments


Loading...
loading...