Header Ads

Tengku Abdullah akan dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang Keenam

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah - Foto oleh Berita Harian

Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang bersidang semalam telah bersetuju bahawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah akan dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam.


Loading...
Keputusan itu diumumkan hari ini oleh Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan.

Oleh itu majlis pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang akan diadakan di Istana Abu Bakar Pekan pada 15 Januari ini.

Tengku Abdul Rahman juga mengumumkan Sultan Ahmad Shah yang juga merupakan Sultan Pahang Kelima akan digelar sebagai Sultan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah.

No comments


Loading...