Header Ads

Sultan Nazrin pangku jawatan YDP Agong


Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang dilaporkan berlangsung hari ini memutuskan supaya Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dilantik sebagai Pemangku Yang di-Pertuan Agong.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh sumber terdekat kepada Sultan Nazrin, menurut laporan Astro Awani.


Loading...
Keputusan itu dicapai susulan mesyuarat yang dihadiri enam daripada sembilan Sultan di Istana Negara di sini.

Sultan-sultan yang hadir dalam mesyuarat lebih sejam itu ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail; Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah; dan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Pada mesyuarat tersebut, keenam-enam Sultan turut menetapkan tarikh bagi mengadakan mesyuarat khas majlis memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Bagaimanapun, sumber memaklumkan butiran lanjut berkenaan mesyuarat hari ini akan dimaklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Pada 2 November lalu, Sultan Nazrin menandatangani watikah perisytiharan menjalankan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Perisytiharan itu bagi membolehkan baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas ketika Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, beristirahat menjalani rawatan sehingga 31 Disember lalu.

No comments


Loading...