Header Ads

"Saya tidak benci kaum Yahudi, cuma kekejaman Israel", kata Syed Saddiq

Syed Saddiq - Foto BBC

Syed Saddiq menegaskan, beliau bukan bersifat perkauman, cuma membenci kekejaman kerajaan Israel yang kini ditadbir oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Dalam temuduga dengan BBC HARDtalk pada Rabu bersama pengacara Shaun Ley, Syed Saddiq yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, menjaga kepentingan warga Palestin adalah lebih penting berbanding sebuah acara antarabangsa.

Loading...


“Jika penganjuran acara antarabangsa lebih penting daripada kepentingan saudara-saudari Palestin yang telah dimutilasi, maka hilanglah perikemanusiaan kita,” jawabnya mengenai keputusan kerajaan yang mengharamkan atlet Israel memasuki negara ini.

“Kerajaan merupakan ‘lokus’ bagi semua tindakan moral secara kolektif. Namun, bukan semua rakyat Israel yang bertanggungjawab. Serupa dengan rakyat Palestin, bukan semua bersalah walaupun ada segelintir yang bertindak kasar.”, kata beliau lagi seperti dilapor portal Astro Awani.



Syed Saddiq menegaskan, Malaysia akan berani menentang pelanggaran hak asasi manusia dan sebarang kecenderungan terhadap keganasan.

“Malaysia berani menentang walaupun ada akibatnya. Negara ini percaya kepada peraturan perundangan, hak asasi manusia dan menentang jenayah perang,” ujar beliau pada penghujung temubual itu.

Baru-baru ini, kerajaan membuat keputusan untuk tidak membenarkan atlet Israel memasuki negara ini serta menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 di Kuching, Sarawak yang akan berlangsung 29 Julai hingga 4 Ogos depan.


Penegasan kerajaan Malaysia menyebabkan Israel tidak senang dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan menggelar Perdana Menteri sebagai 'anti-Semitisme melampau'. - Malaysian Update

No comments


Loading...