Header Ads

'Saya tak ada cybertrooper lagi, cybertrooper dulu buat habiskan beras je' - Najib Razak (video)


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa pahlawan-pahlawan cyber yang dibayar oleh pentadbirannya dahulu hanya "menghabiskan beras".

Perkara itu diluahkan dalam program anjuran Umno, "Malu apa bossku," di Shah Alam petang semalam.

Loading...


"Saya tak ada cybertrooper lagi, saya cakap terus terang cybertrooper dulu buat habiskan beras je, minta maaflah kalau ada cybertrooper dalam ni" katanya lagi lapor blog Milo Suam.

Dalam program itu Najib meminta para penyokongnya untuk membantu beliau komen dan share tulisannya di facebook.



Ketika zaman BN memerintah dahulu, kita boleh nampak banyak komen-komen mengampu Najib di halaman Facebook miliknya.

Antara kumpulan cybertrooper yang popular pada waktu itu, ialah ribuan akaun-akaun Facebook palsu yang akan menulis hastag #RespectMyPM dalam setiap kiriman facebook Najib.

Akaun-akaun Facebook palsu ini, menggunakan gambar entah siapa-siapa, sampaikan gambar orang yang telah meninggal dunia pun digunakan untuk mengampu Najib.


Banyak kali juga akau-akaun palsu ini "kantoi" curi gambar orang yang masih hidup.

Namun selepas BN kalah, semua pengampu-pengampu ini nampaknya sudah menyepikan diri.



Video penuh dibawah: 

No comments


Loading...