Header Ads

'Saya punya post, ada yang panas' - Najib


KUALA LUMPUR 15 Jan. - 'Malu Apa Bossku' tulis sebuah poster terpampang gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menaiki sebuah motosikal.

Mungkin itu menjadi slogan terbaharu Najib. Dalam hantaran terbaharu di Facebook, selain poster, Najib turut berkongsi gambar beliau sedang menunggung motosikal Yamaha Y150 dengan nombor pendaftaran '8O55KU'(BOSSKU).

Loading...


"Saya punya post, ada pula yang panas. Kenapa? Steady lah," tulis Najib. Hantaran dalam tempoh sembilan jam itu mendapat 46,000 reaksi, 6,600 komen dan 5,300 perkongsian.

Perkataan 'bossku' ketika ini menjadi bahasa slanga dalam kalangan generasi muda terutama mereka yang menunggang motosikal.

"Tok kalau ada kesempatan hantaq mai bengkel saya, saya setting exhaust dia bunyi chinggg ching chingg ching hannnnnnnnnnnnnnnnnnn chingggggg...," saran  Hafiz Sonof Halim.  

"Sejak dua menjak ni Dato Seri pandai berjenaka. Tersenyum hari-hari saya tengok Dato Seri happy . Semoga dipanjangkan umor dan dmurahkan rezeki amin,"  kata AhfiKk Tfs.

"Aduyai 10 kali lalu wall sepuluh kali aku gelak post bossku. Lawak serius lawakkkkkk!! Good job sir waiting for your comeback,"  komenZalikha Ramli.

"Sentiasa di hadapan. Steady BO55ku. Bagi asap kat macai biar sel sel otak mereka berhubung balik," kata Mohd. Hisyam Sah Nuddin.

"Dah boleh buat himpunan santai #MaluApaBossku bersama DSN. Pasti ramai berminat join," saran  Shafiq Majid. 

Pada 11 Januari lalu dalam satu hantaran, Najib juga bertanya kepada pelayar di Facebook antara motosikal jenis Ysuku dan NVX mana satu menjadi pilihan.


"Antara Ysuku dan NVX mana pilihan kalian? Ride santai," tulis Najib.

Sebelum itu dalam satu hantaran Najib yang berkongsi gambar membonceng motosikal turut bertanya, "Kaunter claim duit minyak Pakatan Harapan kat mana?"-UTUSAN ONLINE

No comments


Loading...