Header Ads

"Saya mengaku silap bila dirasuk syaitan" - Chef Wan mohon maaf selepas mahu tampar Najib


Chef Wan hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengeluarkan kenyataan mahu menampar muka bekas Perdana Menteri itu.


Loading...
Chef Wan atau nama sebenarnya, Redzuawan Ismail dalam kenyataan di instagram peribadinya berkata, kenyataan celupar itu dibuatnya ketika dalam keadaan amat marah.

“To DS Najib pagi ini saya memohon maaf secara terbuka kerana bahasa yang kasar saya telah gunakan di waktu saya merasa amat marah!

“Tetapi jika kita buat kesalahan yang besar kita mesti telan maruah diri kita untuk mengaku kesilapan diri kita as i have done this morning. Yes saya mengaku saya silap bila dirasuk syaitan dan naik marah!” kata Chef Wan lagi.

“Saya telah buat silap dengan apa yang saya perkatakan semalam dan sekarang saya memohon maaf kepada DS (Najib) dan itu sahaja! Saya akan terus memperjuangkan apa yang betul,” tegas Chef Wan.

Semalam di dalam laporan media, Chef Wan berkata, beliau mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai


"Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

"Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

"Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia," kata Chef Wan yang dipetik sebagai berkata.

Chef Wan semalam meluahkan perasan geramnya kerana mendakwa Felda tidak diurus dengan baik oleh Barisan Nasional (BN) yang ketika itu diterajui bekas perdana menteri, Najib Razak.

No comments


Loading...
loading...