Header Ads

Royalti Minyak: Terengganu teliti perbelanjaan yang diterima sejak 1978


Kerajaan Terengganu bersedia mendedahkan jumlah rizab terkumpul hasil royalti minyak dan gas namun perlu menelitinya terlebih dahulu.


Loading...

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya perlu memperincikan maklumat tersebut dengan memeriksa rekod lama kerana ia mula diterima sejak 1978.

"Kita masih belum tahu lagi jumlah sebenar kerana ia melibatkan beberapa kerajaan negeri sejak tahun 1978, prosesnya lama dan kita perlu mencari maklumat tersebut terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Kuala Terengganu, hari ini.

Beliau mengulas mengenai desakan PKR Terengganu baru-baru ini yang mahu kerajaan negeri mengisytiharkan jumlah rizab terkumpul hasil royalti tersebut.

Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata perkara itu selaras dengan ketetapan dalam peruntukan undang-undang yang mensyaratkan kerajaan negeri menyimpan RM100 juta daripada hasil petroleum dan gas setiap tahun. - Bernama

No comments


Loading...