Header Ads

RoS haramkan MyPPP


Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) hari ini bertindak membatalkan pendaftaran Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP).

Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim memaklumkan mengenai pembatalan itu melalui sepucuk surat kepada parti dengan salinan kepada pemimpin-pemimpin hari ini.

Loading...

Memetik portal Malaysiakini, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan rayuan yang didapati "tidak menunjukkan sebab-sebab yang cukup di sebaliknya".

"Maka oleh itu, diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut di atas dibatalkan mulai tarikh perintah ini,".

Foto oleh Malaysiakini

Parti itu sebelum ini dilapor mengalami krisis kepimpinan apabila wujud dua kem yang masing-masing mendakwa kini menerajui parti itu.

Kem bekas menteri M Kayveas telah mengisytiharkan MyPPP sebagai bebas dan menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Kem bekas timbalan menteri Maglin D' Cruz pula berkata MyPPP adalah parti mesra BN.

Berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, keputusan itu boleh dirayu dalam tempoh 30 hari.

Surat pembubaran parti itu telah dihantar kepada kedua-dua kem.

No comments


Loading...