Header Ads

RM2.3 juta peruntukan disalurkan kerajaan untuk pembinaan kuil Hindu


KUCHING - Masyarakat Hindu di sini akan mempunyai kemudahan ibadat tambahan berikutan peruntukan RM2.3 juta oleh kerajaan negeri diluluskan untuk pembinaan dewan serbaguna di Kuil Sri Maha Mariamman, Batu Lintang di sini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah yang juga menteri bertanggungjawab menjaga Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) berkata, langkah itu mencerminkan dasar inklusif kerajaan terhadap pelbagai agama dan kepercayaan yang dianuti rakyat di Sarawak.

Loading...

“Jawatankuasa kuil perlu memastikan peruntukan yang diluluskan itu digunakan dengan bijak.

UNIFOR akan memantau projek berkenaan untuk memastikan ia dilaksanakan dengan jayanya,” katanya ketika menyerahkan cek peruntukan itu, yang dibiayai di bawah Projek Rakyat (sebelum ini dikenali sebagai Projek Walkabout) kepada Kuil Sri Maha Mariamman di sini hari ini.

Bagi projek-projek sebelum ini yang diluluskan pada 2017 dan 2018, beliau berkata UNIFOR turun padang ke seluruh Sarawak untuk memantau projek berkenaan dan mengesahkan permohonan baharu yang diterima tahun ini sebelum mengemukakannya kepada Jawatankuasa Penilaian Projek untuk pertimbangan.


“Kerajaan menggesa rakyat supaya mengekalkan toleransi, penerimaan dan saling menghormati dalam kalangan rakyat dengan pelbagai kepercayaan agama di Sarawak agar kita dapat terus hidup dalam suasana aman dan harmoni,” katanya.- Bernama

Loading...