Header Ads

Rakyat Palestin berterusan ucap terima kasih, bawa bendera Malaysia di mana-mana


Keputusan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Moahamad untuk tidak membenarkan atlet daripada Israel memasuki Malaysia untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia 2019 baru-baru ini terus mendapat penghargaan tidak putus-putus daripada warga Palestin.


Loading...

Terbaru video dan gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Ahmed Abu Ayesh Alnajjar menunjukkan beberapa keping gambar rakyat Palestin memegang bendera Malaysia, beliau turut memuat naik satu video.


SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO


”Terima kasih Malaysia. Kepada saudara-saudara kami di Malaysia, rakyat Palestin mempersembahkan tarian rakyat ‘Dahiya’ sebagai ucapan terima kasih kepada anda semua,” kata warga Palestin itu.

Penduduk-penduduk di Gaza yang menyertai demonstrasi ‘Great Return March’ di sempadan Palestin-Israel juga turut membawa poster-poster tertera imej pemimpin utama negara termasuklah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moahamad dan Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Budi baik rakyat Palestin yang menghargai sumbangan Malaysia itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan sukan iaitu YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kemudiannya turut berkongsi ucapan yang sama di laman facebooknya baru-baru ini.


Terdahulu, Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang bersidang di Britain dua hari lepas telah menarik balik hak Malaysia selaku tuan rumah untuk menganjurkan kejohanan tersebut selepas Tun Mahathir bertegas untuk tidak menerima atlet daripada negara 'penjenayah'.

IPC dalam kenyataannya menyatakan kekecewaan dengan keputusan kerajaan Malaysia dan mendakwa ia bertentangan dengan janji yang dibuat oleh Majlis Paralimpik Malaysia (NPC) ketika kedua-dua pihak menandatangani perjanjian pada 2017.

Tun Mahathir bagaimanapun tidak peduli dengan penarikan tersebut dan berkata Malaysia boleh menganjurkan acara sukan lain.

Tun Mahathir juga melahirkan rasa hairan bagaimana dunia boleh menyokong Israel disebalik kekejaman yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Palestin.

Rakyat Malaysia terus menyatakan solidariti bersama Palestin dan menyokong penuh keputusan kerajaan untuk menghalang atlet Israel daripad memasuki negara. - Malaysian Update




No comments


Loading...
loading...