Header Ads

Pulangkan dana 1MDB RM16.5 juta - Guan Eng


PUTRAJAYA - Menteri Kewangan Lim Guan Eng memberi amaran supaya MCA dan parti politik lain yang menerima wang dari 1MDB supaya memulangkan semula wang itu.

Guan Eng berkata, pemimpin parti-parti pembangkang termasuk presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tidak boleh memberi alasan bahawa mereka tidak tahu sumber dana RM16.5 juta yang diterima sebelum PRU13.

Loading...

"Ka Siong wajar membuat siasatan meskipun berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai pendedahan yang dibuat bekas presiden MCA, Tan Sri Chua Soi Lek,"katanya.

Soi Lek sebelum ini mendedahkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah memberikan RM16.8 juta kepada MCA untuk PRU13 namun tidak diketahui sumbernya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, sebagai presiden parti, sekiranya menerima dana yang tidak jelas, siasatan perlu dilakukan.

"Saya minta MCA pulangkan wang itu kepada 1MDB, saya menuntut bagi pihak 1MDB, pulangkan wang RM16.5 juta.

Begitu juga kepada semua parti politik lain yang menerima dana 1MDB,"tegasnya.

Guan Eng yang merujuk laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang menemubual Ka Siong berhubung isu dana tersebut.


Tambah Guan Eng, semua orang tahu dana tersebut adalah wang 1MDB.

"Sila ikut undang-undang dan pulangkan RM16.5 juta kepada 1MDB. Jangan sorok, jangan lari atau berselindung, "tegasnya.

-sinar harian

No comments


Loading...