PTPTN umum dividen empat peratus untuk dua skim SSPN

0
42



KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak empat peratus untuk dua Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2018 iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.


Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan berkata pemberian dividen berkenaan melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM114.55 juta dan akan memberi manfaat kepada 3.91 juta pendeposit PTPTN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();



“Kadar empat peratus ini adalah berdasarkan pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang diterima dan PTPTN masih dapat mengekalkan kadar dividen SSPN yang kompetitif walaupun suasana ekonomi yang mencabar.


“Pemberian kadar dividen yang kompetitif berbanding dividen yang diberikan akaun simpanan yang lain diharap menjadikan SSPN lebih berdaya saing dan menjadi instrumen simpanan pilihan dan keutamaan dalam kalangan masyarakat,” katanya pada majlis pengumuman Dividen 2018 Skim SSPN di sini hari ini.


Beliau berkata selain pemberian dividen, ibu bapa juga diberikan insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM6,000 dan pendeposit turut mendapat perlindungan takaful sehingga RM1 juta dengan dijamin kerajaan dan patuh syariah.


“Dengan keistimewaan pelepasan taksiran cukai, kadar dividen dan juga perlindungan takaful yang diberikan, pendeposit sebenarnya mendapat keuntungan bukan setakat empat peratus sahaja dan melalui pembentangan Bajet 2019, insentif pelepasan taksiran cukai untuk SSPN juga telah dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 bermula tahun taksiran 2019,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



Dalam pada itu, Wan Saiful berkata pada tahun lepas, PTPTN telah berjaya mencapai kutipan deposit SSPN berjumlah RM1.13 bilion yang merupakan jumlah penabungan tertinggi pernah dicapai semenjak SSPN diwujudkan manakala bilangan akaun baharu yang telah dibuka adalah sebanyak 678,839.


“Kedua-dua pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak RM404.48 juta untuk deposit dan 231,790 untuk akaun baharu,” tambahnya.


– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati anda tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami. Bermula dengan hanya RM1, Sokong berita kami.Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here