Header Ads

Polis Johor siasat video didakwa anggota minta duit, tunjuk pistol, ugut mahu 'kasi mati' adik pemandu lori dalam tahanan


Polis Johor sedang menyiasat klip video yang tular di media sosial menunjukkan salah seorang anggotanya melakukan ugutan jenayah terhadap seorang individu.

Sebelum ini telah tular rakaman video seorang lelaki membuat ugutan bunuh dengan menunjukkan pistol ketika meminta wang dari seorang lelaki dipercayai bekerja sebagai pemandu lori.

Loading...

Lelaki itu turut mengugut mahu "kasi mati" adik pemandu lori tersebut yang difahamkan berada dalam tahanan polis sekiranya permintaannya tidak ditunaikan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din, dalam video berkenaan, suspek menunjukkan sepucuk pistol di pinggang kepada seorang lelaki dan mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan dengan mengaitkan dirinya dengan pegawai kanan polis yang bertugas di IPD JOhor.

"PDRM Johor mengambil maklum dan akan menyiasat perkara ini yang mencemarkan nama baik dan imej pasukan Polis Diraja Malaysia khususnya PDRM Johor.

"Suatu penyiasatan menyeluruh akan dijalankan oleh PDRM Johor dan tindakan undang-undang akan diambil jika terdapat sebarang salah guna kuasa melibatkan pegawai kanan dan pegawai polis di kontinjen Johor," katanya lagi dalam satu kenyataan.

Klip video selama 2.32 minit itu menunjukkan seorang lelaki diugut oleh seorang anggota polis, yang mengeluarkan perkataan berbaur perkauman.

Mohd Kamarudin menyeru agar saksi dalam kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan polis berhubung kes berkenaan.

Berdasarkan rakaman video yang tular tersebut, difahamkan adik pemandu lori itu kini berada dalam lokap polis. Pemandu lori telah buat satu "janji" dengan lelaki terbabit untuk membayar wang sejumlah RM50,000 berhubung kes adiknya.

Pemandu lori itu dikatakan sudah membayar sejumlah RM20,000 berdasarkan perjanjian mereka, namun oleh kerana baki RM30,000 masih tertunggak, maka lelaki berkenaan menjadi marah dan datang bertemu dengan pemandu lori untuk menagih wang berkenaan dengan nada kasar dan kesat.

Anggota polis berkenaan turut memberi amaran kepada mangsa sebanyak dua kali bahawa anggota keluarganya yang dipenjarakan akan mati jika jumlah tersebut tidak dibayar.

Di bawah ini terdapat rakaman video berkenaan yang sudah ditonton lebih 100,000 tontonan. - Malaysian Update

No comments


Loading...
loading...