Header Ads

PH tak pernah beri duit untuk meraih undi rakyat


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PH tidak pernah memberi duit untuk meraih undi rakyat.

"PH tak pernah bagi duit kepada sesiapa (untuk meraih undi)," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Loading...

Beliau diminta mengulas dakwaan kononnya wujud amalan 'membeli' undi ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands sekarang seperti mana beberapa keping gambar yang tular dalam media sosial.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan PH sememangnya menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat.

"Kalau dah duit (peruntukan pembangunan) itu kerajaan bagi, dia bagilah. Itu semua orang dapat," katanya.

Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands pada 26 Januari ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan calon PH, BN serta dua calon bebas.

PH meletakkan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran sebagai calon, manakala BN diwakili bekas pegawai kanan polis Datuk Mohd Ramli Nor.

Dua calon bebas, masing-masing anak jati Parlimen Cameron Highlands, ialah bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib, 61, dan petani, Wong Seng Yee, 40 tahun.


PRK berkenaan diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytiharkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh dari BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei 2018, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu. - Bernama

No comments


Loading...