Pahang cuti peristiwa esok

0
64

Pahang mengumumkan cuti peristiwa esok, (31 Jan) sempena
Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Sultan
Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang
di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata
perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri hari ini setelah
mendapat perkenan Sultan Abdullah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Cuti peristiwa ini memandangkan ia tarikh penuh
bersejarah kepada negeri dan seluruh rakyat jelata Pahang dengan pelantikan
Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada sidang media di
Wisma Sri Pahang dekat Kuantan.
Wan Rosdy berkata, keputusan untuk mengumumkan cuti
peristiwa itu juga bersesuaian memandangkan kali terakhir detik bersejarah
seumpama itu berlaku ialah kira-kira empat dekad lepas, apabila Paduka Ayahanda
Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-7
pada 1979.
Menurut Wan Rosdy, pengumuman itu juga sebagai terjemahan
kepada rasa kesyukuran dan kegembiraan yang amat sangat oleh Kerajaan Negeri
dan rakyat jelata atas pemilihan Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sehubungan itu, beliau turut menyeru seluruh penjawat awam
dan rakyat jelata untuk hadir bersama-sama di Pangkalan Tentera Udara DiRaja
Malaysia (TUDM) Kuantan pada 7.00 pagi esok bersempena Istiadat Memuliakan
Keberangkatan Sultan Pahang dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Maimunah
Iskandariah.
Esok, Sultan Abdullah dijadual berangkat menghadiri
Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan
Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 diikuti
perisytiharan memegang jawatan oleh Seri Paduka Baginda yang akan bertakhta
bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa 31 Jan 2019.
Baginda menggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan
sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan selepas memegang tampuk
pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016.
Pada istiadat sama, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah juga
akan melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan
Yang di-Pertuan Agong, bagi tempoh sama.
– Bernama

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here