Header Ads

'Najib tak perlu dolak-dalik, jelaskan mana RM800j', kata Bos Lembaga Getah

MENTERI Industri Utama, Teresa Kok dan Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Sankara N. Nair menunjukkan lokasi tanah Lot 481 dalam sidang akhbar di Putrajaya. - Foto Utusan Online

Lembaga Getah Malaysia (LGM) menggesa Datuk Seri Najib Razak menerangkan mana dan apa jadi pada RM800 juta daripada transaksi tanah Lot 481 di Sungai Buloh, tanah milik agensi itu yang dijual kepada agensi kerajaan lain.

Pengerusi SN Nair meminta Najib menerangkan perkara itu selepas beliau menegur Menteri Perindustrian Utama Teresa Kok kerana sidang media berkenaan isu itu.

Loading...

Najib adalah menteri kewangan ketika transaksi berlaku.

“Jangan cuba kelirukan masalah ini. Anda hanya perlu jawab 1 soalan – terangkan di mana dan apa jadi dengan kekurangan RM800 juta itu,” kata Nair dalam kenyataan malam tadi seperti dilapor FMT.

Nair merujuk kepada teguran Najib terhadap Teresa, yang mendedahkan LGM kerugian selepas kerajaan dulu mengarahkan 2,800 ekar tanah Lot 481 dijual kepada Aset Tanah Negara Berhad (ATNB) pada 2010, yang mana LGM secara sewenang-wenangnya dibayar RM1.5 bilion sebagai balasan jualan.

Namun, kerajaaan kini tahu tanah tersebut kemudian dibeli oleh Kwasa Land dengan balasan jualan kira-kira RM2.28 bilion.

LGM dan ATNB ialah agensi milik penuh kerajaan manakala Kwasa Land adalah syarikat milik penuh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Najib dalam kenyataanya berkata perbezaan harga itu munasabah kerana ATNB menjual tanah itu kepada Kwasa Land pada 2012, iaitu kira-kira 2 tahun selepas ATNB membeli tanah itu daripada LGM.

“Harga jualan kepada Kwasa Land bersamaan dengan harga RM18.70 setiap kaki persegi – satu harga yang analisa-analisa pada masa itu berpendapat ialah satu harga yang munasabah dan mengikut harga pasaran,” kata Najib di Facebook.

Sementara itu, bekas perdana menteri dalam kenyataan menyarankan menteri menuntut wang tersebut daripada Menteri Kewangan Lim Guan Eng, kerana ATNB adalah syarikat tujuan khas bawah Kementerian Kewangan.

Najib menyimpulkan situasi itu dengan berkata menteri mendakwa LGM (milik kerajaan) rugi kerana ATNB (milik kerajaan) untung apabila menjual tanah itu kepada syarikat KWSP (milik kerajaan).

“Jika Teresa Kok masih tidak puas hati, boleh tuntut balik dari Guan Eng,” katanya di Facebook.

No comments


Loading...