Header Ads

Lim Kit Siang didakwa hanya berdrama untuk meraih undi PRK cameron highlands


KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang didakwa hanya berdrama apabila mengatakan beliau terperangkap di Kampung Orang Asli Semoi Lama pada malam tahun baru.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam berkata, ia hanya satu perancangan untuk meraih undi penduduk menjelang PRK Cameron Highlands.

Loading...

“Mengikut fitnah beliau, kononnya BN gagal menyediakan kemudahan jalan raya kepada penduduk Orang Asli bagi menghubungkan mereka dengan dunia luar. Makin hari makin terserlah drama DAP ini.

“Jangan terkejut jika dekat dengan pilihan raya, anak Lim Kit Siang (Menteri Kewangan, Lim Guan Eng) akan disuruh oleh bapanya ini untuk mengumumkan penurunan harga minyak selepas mereka merompak rakyat beberapa bulan 30 sen setiap liter,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kit Siang terpaksa menyambut tahun baharu di perkampungan pedalaman itu apabila ‘terperangkap’ pada sekitar jam 6 petang, Isnin lalu.

Ia berlaku apabila konvoi 10 kenderaan pacuan empat roda disertainya terperangkap di kampung itu akibat jalan balak menghubungkan Sungai Koyan dan Ringlet, terhalang kerana berlumpur akibat hujan.

Susulan itu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu menyalahkan kerajaan Umno/BN gagal menaik taraf kemudahan masyarakat Orang Asli.

Dalam pada itu, Lokman berkata, semakin hari politik kotor DAP semakin mudah hendak dibaca.


“Jangan juga kita terkejut, jika bajet untuk buat jalan ke Kampung Orang Asli Semoi Lama yang sudah diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016 dan ditahan pelaksanaannya oleh Guan Eng berserta dengan dana untuk membina dan membaik pulih masjid di Pulau Pinang, Pengerang, Lenggong dan banyak tempat lain, mungkin Kit Siang akan suruh anaknya umum balik akan dibina jalan ini buat kali kedua,” katanya.

-sinar harian

No comments


Loading...