Header Ads

Kes hina Agong: 3 individu ditahan - KPN


Ketua Polis Negara, Mohamad Fuzi Harun telah mengesahkan pihaknya telah menahan tiga individu yang memuat naik di media sosial kenyataan berunsur hinaan terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.


Loading...
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata tiga individu itu ialah Eric Liew Chee Ling, 46, Azhan Akhtar Abdullah, 27, dan Nur Alia Astaman, 26.

“Pengguna Facebook, Eric Liew dan pemilik akaun Twitter masing-masing @azhamakhtar dan @aliaastaman ditahan selepas polis menerima beberapa laporan berhubung tindakan mereka yang memuat naik komen berunsur hinaan menerusi media sosial berkenaan.

“Mereka disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948,” katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan media sosial secara berhemah dengan tidak mengeluarkan kenyataan bersifat provokatif.

“Elakkan memanipulasi isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV sehingga mampu menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini,” katanya.

Ahad lepas, Sultan Muhammad V yang ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 24 April 2017 telah meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV berkuat kuasa serta merta. - Malaysian Update

No comments


Loading...