Header Ads

Kecewa dipecat tanpa diberitahu sebab - Ruslin Hasan


MELAKA - Bekas Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Seri Ruslin Hasan melahirkan kekecewaan berikutan pemecatannya sebagai Penyelaras Dun Ayer Limau yang didakwa tanpa dinyatakan sebab.

Malah, Ruslin, 69, yang disebut sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat, mudah mesra dan prihatin dengan kebajikan penduduk turut terkejut apabila pemecatannya itu pada awalnya dimaklumkan menerusi pesanan WhatsApp.

Loading...

"Saya terima pesanan WhatsApp daripada Setiausaha Bahagian pada 10 Januari lalu menyatakan khidmat saya sebagai penyelaras Dun tamat pada 11 Januari dan saya akan digantikan oleh Datuk Sabirin Ja'afar iaitu calon PH Parlimen Masjid Tanah mulai 12 Januari.

"Bagi saya siapa yang akan gantikan itu tidak menjadi masalah tetapi saya hairan kenapa saya dimaklumkan hanya menerusi kiriman WhatsApp," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah Ruslin lagi, di dalam surat pemecatannya yang diterima beberapa hari kemudian juga tidak menyebut kenapa beliau dipecat.


Ruslin, dilantik sebagai penyelaras Dun itu setelah tewas dalam PRU14 lalu.

- Sinar harian

Loading...