Header Ads

Isu Raja-Raja tiada kaitan dengan saya, kata Dr Mahathir selepas bertemu Sultan Johor


JOHOR BARU ― Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bersetuju supaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan atau menghubungi baginda pada masa hadapan sekiranya mempunyai sebarang isu untuk dibincangkan.


Loading...
Perdana Menteri berkata perkara terbabit antara yang dicapai oleh beliau dan Sultan Ibrahim, pada pertemuan di Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

“Saya cerita berkenaan dengan rakyat terhadap tuanku dan baginda menerima baik dan kita (Sultan Johor dan Perdana Menteri) bersetuju supaya di masa hadapan tiada masalah dan saya boleh berhubung dengan tuanku,” kata beliau yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), di sini hari ini.

Ditanya intipati lain pada pertemuan selama sejam setengah itu termasuk isu-isu yang dibangkitkan, Dr Mahathir berkata pelbagai masalah dibangkitkan, namun, perkara itu tidak perlu diceritakan kerana ia antara Sultan Ibrahim dan dirinya.

Mengenai sama ada isu perlantikan Yang di-Pertuan Agong baharu turut dibincangkan pada pertemuan itu, Dr Mahathir berkata soal Raja-Raja tidak mempunyai kena mengena dengan diri beliau. ― Bernama

No comments


Loading...