Header Ads

Isu kenaikan harga barang, Najib minta PH henti 'berdrama'


SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan PH menghentikan 'drama' yang tidak pernah habis berhubung kenaikan ketara harga barangan.


Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, puncanya adalah disebabkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) selepas kerajaan PH mentadbir negara.


Loading...

"Sebenarnya, tidak perlu siasat pun sudah tahu. Tanya mana-mana rakyat pun sudah tahu harga barang dah naik selepas SST ganti GST,"katanya di Facebook, hari ini.


Status terbaharu yang dimuat naik Najib itu dibuat sebagai maklum balas terhadap kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)', Datuk Seri Saifuddin Nasution, hari ini, berhubung kenaikan harga rangkaian makanan segera, KFC dan Pizza Hut, QSR Brands (M) Holdings Bhd, disebabkan kos pengeluaran.


"Menteri (KPDNHEP) sebelum ini kata akan siasat KFC mengapa harga naik begitu ketara selepas SST ganti GST.


"Dua minggu dia siasat. Setelah puas menyiasat, apa keputusannya?. Kos pengeluaran sudah meningkat,"katanya.


Menurut Najib lagi, sebelum GST dimansuhkan, beliau berulang-kali memberi amaran bahawa SST akan menaikkan harga lebih tinggi berbanding GST.



"PH kata tak mungkin. Kata saya tipu, siap memberi jaminan dalam Parlimen bahawa SST akan menurunkan harga barang.


"Mereka tipu untuk menang. Selepas menang, penipuan diteruskan,"ujarnya.


-sinar harian

No comments


Loading...