Header Ads

Iqram Dinzly muflis

Iqram Dinzly

Pelakon Iqram Dinzly, 38, atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas beliau gagal membayar cukai pendapatan RM77,000.

Melalui Instagram milik beliau, Iqram mendedahkan perkara tersebut selepas keputusan itu disampaikan peguam LHDN kepada belaiu di Mahkamah Majistret Ipoh, semalam.

Loading...

“Saya sampai lambat, jadi peguam LHDN hanya serahkan keputusan mahkamah. Saya tak tahu nak cakap apa. Mahkamah sudah putuskan, jadi saya kena terima.

“Lagi pula saya memang tak mampu nak bayar dan tak boleh nak buat apa-apa. Cuma sekarang, saya kena cari jalan macam mana nak selamatkan aset yang ada seperti rumah dan kereta. Ini saja yang tinggal.

“Diakui apa yang berlaku atas silap sendiri, tetapi jujur saya katakan selama ini memang tidak tahu prosedur pembayaran. Saya hanya tahu kumpul resit saja,” katanya Iqram lagi seperti dilapor Harian Metro.

Iqram berkata, notis pemberitahuan mengenai bayaran cukai pendapatan itu yang diterima sejak tiga tahun lalu yang pada asalnya berjumlah hampir RM200,000 selepas mengambil kira tempoh sepanjang 10 tahun pembabitannya dalam bidang lakonan.

“Selepas dapat notis saya terus disenarai hitam. Ketika itu, saya melantik ejen untuk berurusan dengan pihak LHDN. Dapatlah kurangkan hingga RM67,000.

“Namun, saya diperintahkan ke Mahkamah Majistret Ipoh tahun lalu dan diarahkan membayar jumlah itu dalam tempoh tiga bulan.

Iqram mendedahkan belaiu telah sendiri ke pejabat LHDN di Jalan Duta namun tiada penyelesaian.

“Dua minggu lalu, saya pergi ke pejabat LHDN di Jalan Duta bagi berbincang sekali lagi. Hasil perbincangan negatif. Mereka cakap saya tiada inisiatif untuk membayar.

“Disebabkan itu, jumlah meningkat semula kepada RM77,000 dan saya diberi tempoh 10 hari untuk menjelaskannya. Jika gagal, saya diisytihar muflis,” jelas beliau lagi.

Walaupun begitu beliau tetap dengan pendirian untuk tidak kembali ke dunia lakonan kerana berpendapat disebabkan menjadi selebriti akhirnya beliau diisytihar bankrap.

No comments


Loading...
loading...