Header Ads

Gara-gara salah guna twitter, penyanyi terkenal Indonesia Ahmad Dhani dipenjara 18 bulan


JAKARTA — Artis Indonesia, Ahmad Dhani yang pernah popular menerusi kumpulan Dewa 19, dijatuhi hukuman penjara satu tahun enam bulan selepas didapati bersalah menyebarkan kebencian di media sosial.

Loading...


Ketua Majlis Hakim Mahkamah Negeri Jakarta Selatan, Ratmoho dalam pengadilannya hari ini berkata Ahmad Dhani terbukti menyebarkan kebencian dan menimbulkan permusuhan berunsurkan agama, perkauman dan golongan tertentu di negara itu.

Dia didakwa mengikut Undang-undang Nombor 11 Tahun 2008 (Pindaan 2016) berkaitan Informasi dan Transaksi Elektronik (ITE), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Ahmad Dhani, yang merupakan pemuzik, penyanyi dan komposer lagu, menubuhkan kumpulan Rock, Dewa pada 1986 sebelum kumpulan yang turut popular di Malaysia itu dibubarkan pada 2011.
Menurut laporan media Indonesia, Ahmad Dhani akan menjalani hukumannya di Penjara Cipinang di sini. — Bernama

No comments


Loading...