Header Ads

Dasar UiTM hanya untuk penuntut bumiputera kekal


Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said menegaskan bahawa universiti itu masih kekal dengan dasar asalnya iaitu hanya menerima kemasukan penuntut bumiputera.

Beliau berkata, dasar itu masih relevan berikutan keperluan kaum bumiputera khususnya dari kawasan pedalaman yang miskin masih ramai lagi.


Loading...

“Kita lihat UiTM telah beri impak yang besar kepada penyatuan bangsa Malaysia, kita menyumbang kepada equity for unity. Maknanya equity itu penting untuk penyatuan bangsa Malaysia dan UiTM masih lagi relevan untuk menyumbang ke arah itu, jadi buat masa ini belum masanya untuk kita ubah dasar itu,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara UiTM dengan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bagi Projek Endowmen Pembangunan Residensi di UiTM Puncak Alam di sini hari ini.

Hassan diminta mengulas kenyataan Pro Canselor UiTM, Tan Sri Dr Arshad Ayub pada Rabu, bahawa kemasukan ke UiTM boleh dibuka kepada bukan Bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah bagi menjamin keseimbangan persaingan antara pelbagai kaum di negara ini.

Ditanya sama ada cadangan itu bertujuan untuk meningkatkan ranking UiTM, Hassan berkata ranking universiti itu cuma untuk peringkat antarabangsa.

“Di Malaysia ini tiada kena mengena dengan ranking, skor ranking ialah bila kita dapat (bilangan kemasukan) pelajar antarabangsa yang tinggi…t etapi dalam bentuk bangsa lain di negara ini, mereka boleh bersama dengan kita dalam bentuk mobiliti.

“Jadi tidak semestinya mereka (kaum lain) berdaftar dengan UiTM sepenuh masa tetapi mereka boleh mendaftar untuk bersama kita untuk satu, dua semester dan ini ada konsep integrasi di situ.

“Kita nak juga pelajar-pelajar UiTM pergi ke kolej dan universiti swasta bersama mereka dalam satu, dua semester untuk sama-sama memahami, inilah konsep integrasi. Jadi dengan proses mobiliti ini tidaklah sampai kita terpaksa mengubah dasar,” katanya.

-- Bernama

No comments


Loading...