Batalkan ECRL kerana ‘direka’ untuk kayakan pihak tertentu – Prof Jomo

0
46

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu dibatalkan
kerana projek itu “direka” untuk keuntungan pihak tertentu, tegas pakar
ekonomi 
Profesor Jomo Kwame Sundaram.
Beliau mahu projek itu dimansuh bagi
menyelamatkan negara dari mengalami kerugian lebih besar, seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya sudah nyatakan dari dulu lagi, sebelum pilihan raya
lagi, saya minta ia dibatalkan,” kata bekas anggota Majlis Penasihat Kerajaan
hari ini.
“Sebenarnya projek ECRL tidak menguntungkan dan memang dari
dulu lagi sesuatu yang direka untuk mendapat keuntungan (dan) kekayaan bagi
pihak tertentu”.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini pula berkata
Putrajaya sedang mengadakan perbincangan langsung dengan Beijing, China
berkaitan projek tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sejak minggu lalu, wujud percanggahan pendapat antara
menteri sama ada untuk meneruskan atau membatalkan projek yang didakwa bernilai
RM81 bilion.
Status keputusan yang berubah-ubah mengundang kritikan sinis
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya “kalah
sinetron Indonesia”.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata negara
ini akan ‘menjadi miskin’ jika projek itu diteruskan.
Dr Mahathir juga berkata pampasan yang akan dibayar untuk
membatalkan projek itu jauh lebih rendah berbanding hutang yang akan ditanggung
negara jika projek itu berjalan.
Pengkritik ECRL sebelum ini mendakwa projek bernilai RM55 bilion yang
diilham ketika pentabiran Najib Razak itu merupakan sebahagian daripada
rancangan untuk menyelamat dan menutup kerugian 1MDB.
Najib dan Beijing bagaimanapun menafikan spekulasi tersebut.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...

Sumbang seikhlas hati tanda sokongan kepada Berita Fakta dan Komprehensif kami, RM1 pun diterima. Sokong berita kami, Terima Kasih Rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here