Header Ads

Azmin: Penamatan ECRL disebabkan bayaran faedah tahunan tinggi sebanyak RM500 juta


Datuk Seri Najib berharap agar projek di mulakan pada zaman pemerintahannya, yang akan memberi manfaat kepada rakyat itu akan diteruskan kerajaan kini

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata pembatalan projek Jalur Lebar Pantai Timur (ECRL) adalah disebabkan oleh bayaran faedah yang terlalu tinggi yang ditanggung negara.

Kabinet memutuskan untuk membatalkan projek itu kerana faedah sebanyak RM500 juta perlu dibayar setap tahun jika ia diteruskan.

Loading...

Keputusan itu dibuat semasa mesyuarat kabinet pada hari Khamis dan ianya adalah muktamad, kata Azmin lagi memberitahu pemberita pagi ini.

Keputusan itu dibuat kerana kos untuk membangunkan ECRL terlalu tinggi dan "kita tidak ada kemampuan kewangan (untuk melaksanakannya) pada saat ini"

"Dan jika projek ini tidak dibatalkan, bayaran faedah yang perlu dibayar oleh kerajaan mencapai setengah bilion ringgit.


"Ini adalah sesuatu yang kita tidak mampu untuk lakukan," katanya Azmin yang ditemui selepas melancarkan satu majlis yang dianjurkan oleh Persatuan Silat Cekak Hanafi di Kuala Lumpur pagi ini.

Pada Jumaat lalu dilaporkan bahawa Kabinet telah memutuskan untuk menamatkan projek ECRL kontroversi bernilai RM81 bilion.

Azmin menambah bahawa kerajaan juga meneliti pilihan mengkaji semula projek itu untuk mengurangkan kos, tetapi mendapati jumlah itu masih tinggi.

Ditanya mengenai bayaran pampasan kepada CCCC, Azmin berkata ia akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan dalam memastikan kos (pampasan) tidak akan meningkatkan lagi beban kewangan negara pada ketika ini. - Malaysian Update

No comments


Loading...