Header Ads

Azeez ditahan SPRM, didakwa di mahkamah esok

Foto oleh Utusan Online

Bekas pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini.

Wakil rakyat Baling ditahan ketika hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya 3 petang dan beliau bakal dibawa ke mahkamah esok, lapor Malaysiakini yang memetik sumber.

Loading...

Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno dijangka berdepan pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram dan rasuah.

Pada 25 September, Azeez ditahan SPRM di tempat sama manakala abangnya Abdul Latif ditangkap di Sungai Buloh untuk siasatan kes rasuah.

SPRM merampas wang tunai RM500,000 termasuk pelbagai mata wang bernilai kira-kira RM1.2 juta dari kediaman Azeez Rahim yang juga presiden Kelab Putra 1Malaysia.

Serbuan pada 22 Mei lalu dilakukan suruhanjaya tersebut untuk siasatan berkaitan pelantikan kontraktor membabitkan pelbagai projek Tabung Haji.

No comments


Loading...
loading...