Header Ads

Umno Langkawi bubar, Annuar Musa sifatkan sebagai lucu dan mengarut.



KUALA LUMPUR: Desas-desus kemungkinan UMNO Langkawi akan menjadi Bahagian pertama dibubarkan di negara ini disifatkan sebagai lucu dan mengarut.
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, ketika ditanya mengenai dakwaan itu hari ini hanya tertawa dan menafikannya.

Loading...

“Karut...no (tidak). Langkawi tu geng yang kalah bertanding Ketua Bahagian. Langkawi ada 17,000 ahli,” katanya ringkas melalui kiriman WhatsApp kepada wartawan NSTP di sini hari ini.
Terdahulu, beliau diminta mengulas laporan BH semalam mengenai lebih 100 ahli termasuk kepemimpinan kanan UMNO Langkawi dijangka umum keluar parti hari ini, sekali gus menyaksikan bahagian terbabit mungkin menjadi yang pertama dibubarkan di negara ini.
Laporan yang memetik sumber itu mendedahkan, tindakan keluar parti beberapa pemimpin kanan bahagian termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri menyebabkan keadaan kecoh pada peringkat UMNO Kedah dan Pusat apabila Langkawi disifatkan lubuk kekuatan UMNO.
Hari ini, Mohd Rawi Abd Hamid, mengumumkan keluar UMNO bersama tujuh ketua cawangan. Beliau menjadi ADUN Ayer Hangat selama dua penggal, manakala satu penggal bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian sebelum ditewaskan Datuk Nawawi Ahmad bagi jawatan ketua Bahagian pada pemilihan lalu.


Mohd Rawi dipetik berkata, bilangan 17,000 ahli UMNO Langkawi hanya nombor bukannya realiti dalam bentuk ahli kerana selama ini, belum pernah ada pemutihan dibuat ke atas ahli.
-Berita Harian

No comments


Loading...