Header Ads

Tun M tersasul lagi sebut UMNO



Tun Dr Mahathir Mohamad menggamatkan suasana di dalam dewan persidangan apabila tersasul menyebut UMNO ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2018 pada Ahad.

“Demikian juga dalam badan-badan yang lain yang ada seperti badan-badan sukan dan lain-lain.

Loading...

“Ahli-ahli UMNO…,” kata-kata Dr Mahathir terhenti di situ apabila menyedari kesilapannya.

Beliau kemudian tersenyum sipu seraya meletakkan tangan pada songkok sambil tertawa kecil sebelum menyambung ucapannya.


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga perdana menteri itu sebelum ini pernah beberapa kali tersasul menyebut UMNO dalam beberapa majlis anjuran Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).

Dr Mahathir berkata beliau sebenarnya tidak tersalah sebut.

“Saya tidak salah. Ahli-ahli UMNO pergi musnahlah!" kata beliau disambut sorakan para hadirin. - Astro Awani

No comments


Loading...