Header Ads

Tiada niat jadi ketua umno - Najib



KUALA LUMPUR: Bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, tidak berhasrat untuk menjadi Ketua Umum parti itu.
Bekas Perdana Menteri itu berkata keutamaannya kini adalah untuk membersihkan namanya daripada pertuduhan mahkamah dan dakwaan yang sedang dihadapinya.

Loading...

“Sejak minggu lalu, ramai pemimpin dan ahli-ahli UMNO meminta saya untuk mengambil kembali kepemimpinan UMNO ataupun menjadi Ketua Umum parti.
“Saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan itu, namun saya tidak berniat atau berhasrat untuk menjadi Ketua Umum parti,” katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya hari ini.
Najib bagaimanapun berkata, beliau akan terus menyuarakan kepentingan rakyat dengan mengetengahkan isu berkaitan rakyat dan negara.
Katanya, beliau sedia memberi pertolongan dan sokongan penuh kepada Timbalan Presiden UMNO yang kini menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan dan barisan pemimpin parti jika ada permintaan atau keperluan dari mereka.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, hari ini mencadangkan supaya Najib dilantik sebagai Ketua Umum UMNO bagi memimpin semula parti itu berdasarkan pengalaman yang dimilikinya.
Mengulas mengenai keputusan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang memberi kepercayaan kepada Mohamad menjalankan tugas Presiden, Najib berkata ia adalah tindakan mulia yang mementingkan parti melangkaui kepentingan peribadi.
“Sebagai Presiden yang dipilih secara demokrasi oleh parti, ini satu pengorbanan peribadi yang besar dan bukan satu langkah yang mudah untuk beliau ambil.

“Bagaimanapun, saya juga yakin dengan Mohamad yang akan menyandang tugas-tugas Presiden parti.
Beliau memiliki visi, kepemimpinan dan kepercayaan pemimpin serta ahli parti untuk menstabilkan serta membina semula UMNO,” katanya.
-Berita harian

No comments


Loading...