Header Ads

Terima kasih Tun M



SLIM RIVER: Peneroka FELDA seluruh negara bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyediakan peruntukan khas RM77 juta bagi membantu peneroka FELDA melunaskan hutang tertunggak pada tahun semasa.
Ketua Peneroka FELDA Kebangsaan, Sulong Jamil Mohd Shariff, berkata pengumuman itu sudah tentu memberi khabar gembira kepada kira-kira 112, 635 peneroka FELDA di seluruh negara yang sememangnya mengharapkan pihak kerajaan membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka.

Loading...

Katanya, jika bayaran sara hidup dan pendahuluan hasil tanam semula tidak diberikan kepada peneroka sudah tentu akan menyebabkan kehidupan mereka terjejas terutama ketika sedang menyiapkan persediaan persekolahan anak.
“Peruntukan itu juga dapat membayar khairat kematian kepada waris 120 peneroka FELDA yang meninggal dunia dan ini sudah tentu meringankan beban keluarga arwah.
“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mengumumkan berita gembira kepada peneroka seluruh negara,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.
Sulong Jamil juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang turut serta berusaha menangani kemelut yang dihadapi peneroka FELDA sehingga pihak kerajaan menyediakan peruntukan khas itu.
Kementerian Kewangan menyediakan peruntukan khas RM77 juta bagi membantu peneroka FELDA melunaskan hutang tertunggak pada tahun semasa.

Guan Eng dilaporkan berkata kementeriannya mengambil perhatian serius terhadap masalah aliran tunai FELDA yang sangat kritikal tahun ini.
Beliau dipetik sebagai berkata, masalah itu mendapat perhatian Dr Mahathir yang mengarahkan bantuan diberikan kepada peneroka FELDA.
-Berita harian

No comments


Loading...