Header Ads

Syed Saddiq dilantik sebagai ketua pemuda PH baharu



KUALA LUMPUR - Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pemuda PH baharu menggantikan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Tiga jawatan Timbalan Ketua Pemuda PH pula disandang oleh Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany Hamzan; Ketua Pemuda DAP, Howard Lee Chuan How dan Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Loading...


Manakala Ketua Setiausaha Pemuda PH disandang oleh Ahmad Syukri Che Ab Razab dari AMK.

Chuan How dalam kenyataan hari ini berkata, mesyuarat Pemuda PH sebulat suara memutuskan perlantikan barisan kepimpinan baharu pada Isnin lalu.

“Pemuda PH ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Nik Nazmi, Wong Kah Woh (Timbalan Ketua Pemuda PH sebelum ini) dan barisan kepimpinan yang lalu atas jasa dan sumbangan besar mereka membawa aspirasi anak muda melalui PH ke arah kemenangan dalam PRU14.

“Pemuda PH komited untuk meneruskan agenda anak muda melalui Manifesto Pemuda PH demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara,” katanya.


Syed Saddiq sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pemuda PH.

-sinar harian

No comments


Loading...