Header Ads

Selepas keluar Umno, Adun Sukau umum sertai Warisan


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sukau Saddi Abdul Rahman hari ini mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau sebelum ini menjadi Adun Bebas selepas keluar dari Umno pada 1 Ogos lepas.

Loading...

Pada sidang media di sini, Saddi berkata borang keahlian penyertaannya dalam Warisan akan beliau serahkan kepada presiden Warisan yang juga Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal dalam masa terdekat.

Katanya beliau sebelum ini telah berjumpa dengan Mohd Shafie menyatakan keputusan menyertai Warisan dan dia berlapang dada menerima kemasukan saya menyertai Warisan.

“Tiada syarat untuk saya menyertai Warisan dan saya hanya mahu fokus kepada pembangunan kawasan DUN Sukau dan kebajikan rakyat.

“Ini kerana jika terus menjadi Adun bebas, saya tidak dapat menunaikan harapan rakyat yang diberikan pada Pilihan Raya Umum yang lepas,” katanya.

- Bernama

No comments


Loading...